JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Sep 15, 2014

Alhamdulillah.... Allah is the best Planner

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful... Moga bermanfaat!

I believe everyone has his/her own targets in life, so do I. Saya sentiasa merancang, sedari kecil saya sentiasa berimaginasi apa yang saya nak buat or achieve dalam 5-10 tahun akan datang. Dalam saya merancang, kadang-kadang saya lupa bahawa Allah jua 'merancang' takdir saya. And indeed, He is the best Planner. 

Last month, I quit my stable job. I earned quite a good money from there, but for some reasons I need to quit with no choices. However, Alhamdulillah, just the day after, saya terima panggilan yang mana saya ditawarkan kerja, tetapi berstatus kontrak. Still, no harm to try, isn't? Bersandarkan keyakinan bahawa rezeki ada di mana-mana dan Allah pasti tolong asalkan kita berusaha, saya tekad.. My mother always told me, "Don't worry, Allah has a plan for you, just go with the flow, InsyaAllah"... At this point of time, to be honest, I'm being soooo sensitive, especially those who think that I'm jobless while I'm not. Sedih dengan orang-orang ini, Tuhan saja yang tahu. :( :( :( 

Selang dua minggu kemudian, saya menghadiri temuduga oleh sebuah syarikat terkemuka di Malaysia (public listed company). First, the interview session is actually completely different with what I thought. Surprisingly, saya perlu menduduki peperiksaan (writing test) first sebelum dibenarkan berjumpa panel temuduga. And the worst part is the question itself. I totally lost. Soalan berkenaan ekonomi, "How current economy affect corporate sectors?" dan diberi masa 30 minit untuk menjawab. Ok, I keep telling myself, "Sharifah, you're a Law graduate, you may not have any basic in economy but you can 'convince it' with your words".. Jujurnya, saya kurang yakin dengan jawapan saya, tapi hantar tetap kena hantar. Kemudian, saya menunggu di ruang menunggu. Kelihatan calon-calon lain nampak lebih berpengalaman, semua umur lingkungan 30-an. Bertambah cuak. Dalam hati hanya bertawakal, kalau dalam masa 15 minit nama tidak dipanggil, itu maksudnya boleh balik. huhu

Kemudian terdengar nama saya dipanggil, Alhmdulillah pass satu bab. **now, I'm thankful being a Law graduate, haha... 

There were another two sessions of interview; two-to-one interview and one-to-one interview. I cannot tell much on these, it's quite confidential. But what I want to share is, Alhamdulillah I passed all the three sessions!! And surprisingly, they offered me a higher position. Saya apply untuk eksekutif tetapi selepas berbincang dan consider beberapa pengalaman lepas, mereka setuju menawarkan jawatan manager untuk saya (of course with training first).

Dan saya terima panggilan minggu lepas, confirming that matters and the place I should report to. It's still in here, I'm to be in charge of northern region. I called my husband. I tell you what, even though I've been living in overseas for quite some time, I'm very conservative person, sangat tradisional. Redha suami sangat penting buat saya kerana syurga saya kini terletak pada redha-nya. Masih saya ingat jawapannya, "B redha n b izinkan". Tak semena-mena tumpah airmata kegembiraan saya. Allah, I'm too happy.. Moga dengan keizinan ini mampu menutup mulut-mulut mereka yang dah guriskan hati dan perasaan saya selama beberapa minggu saya bekerja yang berstatus kontrak ini. Marah saya tidak berpanjangan, insyaAllah.. 

Yes, what my Mom said is true, Allah has a plan for me. And it is much much much better than what I plan. To my hubby, thank you for being by my side in whatever situation, being very supportive husband, good friend and good listener, I cannot tell you how much I love you. To my family, thank you for being so supportive and good advisor to me. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahman)

Doakan saya berjaya menempuh kerjaya baru. Masih di bidang undang-undang, cuma environment should be completely different..

Aug 22, 2014

Diri Saya...Kisah Saya..

Allah s.w.t. dah janji "aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya". So, as a human, our role is to make effort, and make du'a, and  let the rest to HIM because of course HE knows better.

Kisah saya... Hampir 2 tahun memegang title graduan undang-undang dari Bond University, Australia. Saya pulang ke Malaysia dengan azam yang sangat tinggi. Saya mahu mendidik jiwa anak2 ini dengan sebenar2 tujuan hidup. Berbekalkan pengalaman menjadi tutor di Gold COast unituk subjek Advanced Mathematics, kerja pertama yang saya pohon adalah guru tuisyen bkn Math tetapi subjek SEJARAH, saya mahu mendidik anak2 ini cara mereka beefikir dari pelbagai perspektif, bukan sekadar silabus.. alhamdulillah, moga Allah redha..

Saya masih mengajar di waktu malam walupun saya bekerja di firma guaman sebulan kemudian. Bukan krn duit, tapi kerana anak2 ini. I want to make it clear for them that education is not about learning and earn money. It's more than that! Skrg, bukan shj subjek sejarah, malah math dan add math utk spm selain aktif memberikan motivasi.. Saya mahu dekat dgn mereka..Hampir setahun di firma, saya mula menganjak ke bidang korporat tetapi masih dalam department undang-undang. Juga, saya tidak meninggalkan anak2 murid saya, saya masih mengajar walaupun saya kurangkan jadual saya.

Namun, masih dan masih yang mempersoal.......

Ayat biasa yang saya terima:
1.) Kenapa tak keje kerajaan?
Siapa yang tak nak kan, kita dah apply tapi tak dapat, itu maknanya bukan rezeki kita. Usah dipersoal. keje apa pun, asalkan halal dan kita rajin cari duit insyaAllah boleh hidup.

2.) Kita kena ada wawasan hidup, baru berjaya
Habis, kalau bukan keje kerajaan maknanya takde wawasan hidup ke? Adakah hidup semata-mata mampu pakai kereta mewah dan banglo besar?

3.) Kalau keje kerajaan, senang nak buat pinjaman. Gaji RM850 pun dah boleh meminjam.
Apa guna pinjaman sebenarnya? Kalau sekadar nak nmpak mewah, baik tak payah.

Itulah manusia. Asal hidup senang sikit, mula angkuh mempersoalkan hidup org lain. Selalu sangat saya disoal macam ni, macamlah saya hidup merempat mintak sumbangan derma dari mereka.

Sebelum kahwin, orang risau sebab saya keje swasta, bukan kerajaan, macam mana kononnya nak mula hidup berumahtangga sedang kewangan blum kukuh. Tapi alhamdulilah kami mampu beli rumah sendiri di usia ini. walaupun cuma pondok2, tetap rumah sndiri. Kami boleh bayar yuran guaman yang mencecah 8k tnpa perlu hutang pd sesiapa seminggu selepas blk dari honeymoon. kami boleh beli perabot asas.. Mereka lupa rezeki datangnya dari ALLAH, kdg2 dr sumbeer yg tidak kita sangka. Mereka lupa yg rezeki bkn dari kerajaan atau majikan, ia dari Tuhan..

Sejurus berkahwin, saya faham jadual saya agak ketat dan suami minta saya mencari keje di kawasan terdekat. Kos ulang alik ke tempat kerja (tol dan petrol) mencecah RM800 sebulan. Masa saya di rumahamat terhad.. keluar pg dan blk malam.. Saya masih berkeras kerana pada saya, saya mampu bertahan. Masuk bulan ketiga, kata suami, 'you love your husband or your boss'... Only then, I gave up.

Orang bertambah risau bila saya berhenti kerja. Namun, saya tak berhenti tanpa simpanan.. saya tak pernah menyusahkn suami saya dgn komitmen (installment kereta dan asb) saya setiap bulan.. Alhamdulillah, saya tidak menganggur sejurus berhenti, masih bekerja walaupun mgkn untuk sementara sblm dapat tawaran lain.. masih berusaha dan tidak lupa bertawakkal...

Jadi, sesiapa yg nak kawen, saya nasihatkan jgn takut utk melangkah. asalkan niat kita betul, teruskan usaha, jgn lalai berdoa dan selebihnya tawakal saja pada Allah krn janji Allah itu pasti. rezeki kita, DIA yg tentukan, bukan mulut2 manusia yang tak henti bercakap...

Dec 2, 2013

"Get the "Cable", Higher Chances For You to Get the Job."

Out of almost 100 candidates that I have been interviewed, two of them called me this morning, said thank you and informing that they're very excited to get the job and to sign the offer letter. I just know that both of them are actually a single mother and really need the job. Feel like crying knowing that some people still craving for jobs. These women are willing to do everything after get divorced and have child at the very early age. 

I feel so relief even I'm a bit stressful these days, maybe this is what people call as satisfaction of work, yes I'm seriously under stress till my colleague can notice the difference of mine, yet feel satisfied with myself, at least I help somebody and I really hope that this will happen continuously.  

This matter makes me think further of those who are actually using so-called "cable" to get jobs. Since I was in school, I'm not believe in this kind of system and I personally think it is very unfair. It is seriously infringing others' rights. 

Since I was kids, people keep telling me it's hard to get into boarding school or good school if you don't have "cable", it's hard to get jobs if you don't have "cable". And I feel like to slap all these "cables" in abusing their power. Seriously, I'm not kidding you..!

I personally believe that every person has a right to be judged on its own merit. Being an interviewer or someone that is in a position to give a decision on others' future is not easy, it is a responsibility. I repeat, it is RESPONSIBILITY. Thousands of people are relying on your judgement to have a better life. If you reserve some positions for the people that you know, then is it fair for those who are not represented by anyone so-called 'cable'? Definitely I know you yourself know the answer. You know what, you are actually cutting others' queue. And this is very irresponsible. For me, it's not much different from "stealing", you are stealing others' position who may much qualified. 

Honestly, I think this is the disease in our community...:( And I feel helpless because I cannot stop it....:( 


Aug 6, 2012

solat witir: selepas terawih atau semasa qiyamulail..?


Rasa macam tak layak nak buat entry pasal ni, tapi rasa macam kena jugak tulis...hihi...
*just a short note ok, janji*

*************
Sesetengah orang memahami bahawa solat witir itu sebagai solat penutup.. maknanya lepas tu dah tak bleh solat sunat dah.. ye la.. dah tutup kan? Ini merupakan kefahaman yg silap.. takde istilah tutup buka dalam solat ni..

Sekalipun kita dah solat witir selepas solat tarawih, kita masih lagi boleh solat sunat lain selepas tu...contohnya solat hajat ke, tahajjud ke, taubat ke etc......

Dan tiada jugak masalah andai kita tak nak buat solat witir selepas solat terawih, dgn sbb contohnya kita nk buat witir masa qiyamulail nanti..(Jadi, bolehla balik rumah awal atau pun boleh la makan moreh awal, hehe)

Kedua2 ini ada sandarannya... Abu Bakar r.anhu melakukan solat witir selepas isyak krn takut tak terjaga masa qiyamulail...Sedangkan Umar r.anhu melakukan witir di akhir qiyamulail kerana beliau merupakan seorang yg tegas...nak bangun, mesti akan bangun...

Jadi, terpulanglah...kalau nak solat witir selepas terawih pun boleh, tak nak pun takpe...yg jadi masalahnya, lepas terawih pun tak buat, qiamulail pun tak bangun...so, terlepas la ganjaran solat sunat witir tambahan pula di bulan Ramadahan yg pahalanya berlipat kali ganda ni....Dan satu lg, Allah suka tau pada sesiapa yg melakukan solat witir, even Rasulullah pun x pernah tinggal solat witir...:)

Jadi, pada sesiapa yg terjaga di tengah malam walaupun dia telah buat solat witir selepas terawih tadi, maka jgnlah takut utk bgn qiyamulail...solat witir yg kita buat itu bukanlah bererti "tertutup" dh utk kita buat solat2 sunnat lain pd hari itu...
Dan, pada sesiapa yg tidak solat witir dgn sbb utk bgn qiyam, syabas, itu adalah salah satu motivasi utk kita bangun sebenarnya. Dan semoga istiqamah...Dan satu lagi, janganlah pulak kita beranggapan org yg melakukan witir selepas terawih itu semuanya tidak bgn qiyam tauu...hehe.. kesian kat imam yg "terpaksa" imamkan ma'mum solat witir....:)

Selamat berqiyamulail semua..:P
Rebutlah peluang, jom bersedia mencari lailatul qadr...!!

Jun 19, 2012

Pemberian itu...~~

Saya mahu abadikan kisah ini secara kekal di sini. Moga bermanfaat buat semua. Moga sesiapa sahaja yang membaca ini akan memuji rakan2 saya atas kebaikan mereka dan moga mereka yang membaca ini sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan2 saya
*******

Saya ditimpa musibah beberapa minggu lepas hingga menyebabkan saya kehilangan hampir $900...Hampir seminggu meng"exclude"kan diri, mencari rasional di sebalik apa yang berlaku, minggu lepas, saya rasa bersedia untuk berkongsi pengalaman pahit tersebut. Pada saya, semuanya telah selesai, emak saya telah kirimkan wang tersebut, cuma tidak dinafikan, emosi masih terganggu dengan apa yang berlaku. Tapi hati semakin redha dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini, sesuatu yang tidak pernah saya jangka, saya menerima sumbangan dari kawan2 di sini, membuatkan saya rasa bersalah yang teramat. Bukan bermaksud saya menolak pemberian ikhlas ini, tetapi mereka juga bergelar 'student' seperti saya, mereka juga perlukan wang sepertimana saya. Lagipun, emak saya telah pun menghantar wang untuk gantikan wang telah hilang itu. 'Aku ni asyik menyusahkan orang saja', terkadang memang saya marah dengan diri sendiri..

Saya jumpa A1 dan A2 (antara kawan2 saya), cuba terangkan pada mereka wang yang mereka berikan itu terlalu banyak, saya tidak mahu menyusahkan mereka dengan masalah saya, sebab itu saya tidak menceritakan dari awal pada sesiapa akan masalah ini kecuali keluarga saya. Saya terangkan yang wang yang hilang tersebut sudah pun diganti semula. Saya cuba mengorek mahu tahu siapa yang telah memberikan wang tersebut kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak memberitahu sebaliknya mengatakan ianya anonymous dan mereka mengumpulnya beramai2.

Saya buntu sekejap, saya tidak pasti mahu menerima pemberian ini atau tidak. Sungguh, saya tahu mereka ikhlas lillah Taa'la, tapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya ambil keputusan untuk memberitahu pada emak saya, seperti biasa, meminta pendapat. Emak agak terkejut, mula bertanya samada saya yang meminta atau mereka yang memberi; memang itulah pantang emak saya apabila anak-anaknya mula meminta-minta kepada orang lain terutama dari segi kewangan. Saya jelaskan, saya tidak memberitahu mereka akan masalah ini sekalipun, kecuali dalam entry sebelum ini, inikan pula meminta-minta. Hanya mereka yang membaca blog saya sahaja yang mungkin akan tahu mengenai ini. The rest may not know about this. 


Saya meminta pendapatnya samada mahu menerima sumbangan ini atau tidak. Mahu menerima, rasanya bagai tak sanggup menggunakan duit rakan sendiri yang mungkin mereka juga memerlukan. Mahu dikembalikan, saya tidak tahu siapa dalam kalangan mereka yang memberi. Mahu ditolak, takut akan ada yang terasa hati. Sedangkan Rasulullah sendiri menerima andai diberikan kepada Baginda hidangan betis kambing sekalipun untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada si pemberi. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu pemberian, lalu aku berkata; "Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku". Lalu Rasulullah berkata kepadaku; "Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun, jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).


Akhirnya emak memberi jawapan; pemberian orang, kita tak boleh tolak, kecuali andai pemberian tersebut bertujuan untuk rasuah dan sebagainya atau kita tahu ianya datang dari sumber yang tidak jelas/haram . Emak saya berpendapat bahawa; yang membezakan pemberian itu daripada pemberian biasa adalah cara kita menggunakan pemberian tersebut. Jika ianya berupa ilmu, gunakan, amalkan dan ajarkan supaya si pemberi juga mendapat saham akhirat. Jika ianya berupa wang, laburkan ke arah kepentingan jemaah supaya ianya bermanfaat kepada orang banyak. 

Kepada rakan2, dengan rasa rendah diri dan dengan nama Allah, saya menerima sumbangan ini dengan lapang dada dan insyaAllah wang ini akan disumbangkan semula ke arah kepentingan jemaah kita bersama, bukan kepentingan peribadi saya. InsyaAllah, moga ini menjadi saham akhirat yang berterusan untuk kita semua. Terima kasih atas keprihatinan kalian, tidak terbalas rasanya pengorbanan kalian. 


p/s: rakan saya sempat bergurau, "tak perlu balas apa2, cuma nanti kalau u nak kawin, jemput la kitorang"..Ini jawapan saya --> kalau mereka tak beri semua ini sekalipun, memang saya akan jemput mereka pun ("subject to" kalau ada jodoh...) :P



Jun 16, 2012

Cinta Bicara vs Cinta Laku



Kadangkala,
cinta itu datang bukan dengan kata-kata,
tetapi terpancar dari sikap dan perbuatan kita.

Ada masa,
ia muncul dalam bentuk bicara,
meyakinkan hati,
mengawang-awangkan jiwa kita.

Dan kalau Allah izin serta berikan aku kekuatan,
aku mahu mencintaimu dengan kedua-dua cara,
supaya cinta kita lebih erat,
dan hidup kita lebih bahagia.

Agar satu hari nanti bila kau toleh ke belakang semula,
Dirimu takkan sesekali menyesal memilih diri ini yang hina.

-------------
Perlahan-lahan mengumpul kekuatan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.












Jun 15, 2012

"Allah tidak menyayangiku"

Saat-saat hampir tamat pengajian ini, di sini lah ujian datang bertimpa-timpa. Hingga suatu saat aku terasa seolah-olah tidak mahu bercakap dan berhadapan dengan sesiapa sahaja. Biar aku sendiri, aku mahu berada dalam 'duniaku' sendiri, aku perlukan waktu untuk merasionalkan apa yang terjadi. Aku benci berbuat baik dengan makhluk bernama manusia kerana mereka tidak akan pernah bersikap adil, menjadikan diriku rasa tersisih dalam dunia yang dipenuhi manusia ini.

Ya, benar, aku rebah di saat ujian besar ini datang menghinggap suratan hidupku. Ku jadi lemah tak bermaya, mengharapkan apa yang terjadi cuma mimpi belaka. Minggu lepas, aku ditipu mereka yang berhati durjana, yang menjadikan manusia sepertiku sebagai mangsa. Aku kehilangan hampir $900 (RM 3000). Sungguh ku tiada tempat mengadu. Aku cuba berlagak tenang, cuba mencari jalan penyelesaian. Aku buat report dan mengikut semua arahan pihak authority dengan harapan wang ku dapat dikembalikan. Namun, akhirnya, setelah berusaha berbagai cara, wang tersebut tidak dapat di-'trace' semula kemana perginya.

Sungguh, saat ini, kurasakan Allah tidak lagi menyayangi ku. Aku rasa marah, kecewa yang teramat sangat. It's a huge amount of money. Aku mula putus asa. Ku tahu, syaitan dah mula meracuni aku. Aku tidak pernah berbohong pada orang lain tapi kenapa ini yang mereka lakukan terhadapku???? Aku rasa dunia ini terlalu tidak adil..Aku mula tekad mahu 'defer' semester dan pulang untuk sementara waktu

Aku tiada pilihan kecuali membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia menerangkan apa yang terjadi. Sungguh, aku rasa sungguh bersalah kerana dalam kesibukan dan kegembiraan keluarga membuat persediaan untuk majlis perkahwinan abangku, aku pula membawakan berita buruk ini.

Respond yang ku terima: sangat positif. Ibu dan kakak ku menyuruh ku kembali kepada Allah, anggap ini bukanlah rezeki kita. Mereka menyuruh aku melupakan apa yang terjadi dan teruskan pengajian yang hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum aku tamat sebagai siswazah undang-undang. Ya, mereka sangat positif. Aku bersyukur tergolong dalam keluarga ini, sentiasa menyokong ku dalam keadaan senang atau susah. Yang paling menyentuh hatiku adalah mereka sanggup mengganti semula duit yang telah hilang tersebut keesokan harinya juga kerana risau akan aku yang jauh di tempat orang. Aku rasa bersalah kerana aku tahu keluarga kini telah mengeluarkan belanja untuk persiapan perkahwinan abangku. Abangku juga menasihatiku agar aku memberitahu seandainya berlaku apa2 yang tidak diingini, katanya, kalau sampai dia terpaksa tunda perkahwinannnya pun, dia sanggup.

"Ya Allah, ampunkan aku. Aku menyalahkan takdir dengan apa yang menimpaku, tapi aku tidak sedar bahawa aku punyai orang2 yang sangat menyayangi ku". Ya, mungkin aku kehilangan $900 tapi aku masih ada mereka yang sayangkan aku seikhlasnya, yang tidak sama nilainya dengan $900 yang hilang itu.

"Semoga Allah memberi pahala di atas dugaan yang ku terima ini dan menggantikan yang lebih baik daripada itu"


اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ya Allah ! Berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai
dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu."
..dipetik daripada Hadis sahih riwayat Muslim

InsyaAllah, dugaan ini akan menjadikan aku lebih kuat. InsyaAllah dugaan ini juga akan membuatkan aku menjadi seorang yang lebih berhati-hati kerana tidak semua manusia punyai hati "manusia" walau zahirnya nampak baik.   

May 19, 2012

Sujud Seorang Hamba

Sujudku menguatkan aku
Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, 
Allah mendengar setiap rintihan hatiku.
Allah mengerti pedih di kalbuku
Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan menruskan langkah



Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..

Feb 28, 2012

"Yup, saya berbasikal ke kelas"


Hampir 3 tahun lepas, bila pertama kali jejakkan kaki di bumi Australia, Ya Allah, Tuhan je tau betapa susah sangat rasanya nk cope dgn keadaan kat sini, maklum la first time duduk jauh xkenal sape2, ditambah dengan takde senior; masa tu la baru faham perasaan Bangla2 kat Malaysia, hihihi...but Alhamdulillah masih survive till now...:)

One of things is masa tu time summer, and sesungguhnya sangatlah panas, sunburn jgn ckp la, smpai kaki dah berbelang2 ikut bentuk kasut...huhu...jadi alkisahnya, my friends and I pun plan utk beli basikal, so that senang nak ulang alik...yes, bicycle, just a bicycle... nak tengok tak??

Jeng..Jeng...^_____^

seeeeee...comel tak....?? huhu..:) ada helmet lagi tau...hehe, kat sni, nk bawa basikal kena pakai helmet ye, harap maklum, otherwise, mau nyer kena saman...so, ikut aje lah kan, dah duk tempat diorang...Lama jugak basikal ni berjasa, hehe...

TAPI kannnnnn...xlama lepas tuh, ada something happened to me which is xbleh lupa...xtau la kenangan manis or pahit, tp that's the one which I can't forget..:( Masa tu dah ujung2 autumn nk ke winter...sejukk time ni, tu yg dah mula susah nk bangun pagi tu..haha...satu ari, ada kelas pagi, tp trlambat bangun pulak, actually xde la lmbat sgt, it just sbb rumah jauh, tu yg kena bertolak awal...kelam kabut kayuh basikal, akhirnya smpat la smpai walaupun lambat dlm 10 minit camtu. So, i just letak basikal betul2 dpan kelas, kunci kat pokok... after class je, ingat nak pegi cafe beli something then nk stay jap tgk2 pe yg patut...tetiba terpandang pokot yg i "park" basikal td, HILANG....huargggghhhh...!!!, rasa nak nangis, rasa mcm kereta kena curi you, serious, xtipuuuuu ni tau...haha...pastuh, terus jalan kaki balik rumah, sedih kot time tu...rasa mcm nk tido...haha, bila tension je, i mmg akn tido...huhu...

Bangun tido je, baru teringat..."nape la aku tak pegi tanya security", aisehhh, x trpikir pulak....Disebabkan petang tu ada kelas lg, dah alang2 kat Uni kn, pegi la jmpe security, beria2 bercerita ni and die pun mendengar dgn tekunnya....explain punye explain, lama jgak, dalam 10 minit, dh mcm buat report anak hilang je, haha....then die pun tnye, "ok, where did u put your bicyle?", i just ckp "down there" smbil tunjuk kat die....Ya Allah rupanya die yg ambik...Ooohhhh Goshhh, what the fish, letih ak explain, awat la yg x habaq awal2...AND one thing yg i observe, orang2 sni, bile bercakap, diorang xkan menyampuk, diorang akn biarkan kita abis ckp dlu, then baru diorang ckp.....hehe, sgt comellll bile terbayangkan that "pak cik jaga"...hihihi...die ckp die ambil basikal tu sbb x "parking" kat tempat yg betul, then he said, this is better than being stolen right...hehe

and NOW, basikal tu dah xde...I sold it to this one guy from Papua Guinea, cause i'm moving to a nearer house like 2 months after that incident..:)

Jul 15, 2011

KASIH

Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun kusiram kasih yang bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam dalam arus yang menyeksakan

Kasih..
Tidak pernah ku meminta2 selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta...Dalam meniti usia, punah semua saat yang bahagia
Dimana kelembutan yang ada dulu
Merana..dalam senyuman ku meratap pedih

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah detik masa dulu
Kenapa perlu lihat pada perbezaan
Kenapa tidak lihat pada persamaan..??

Hati mudah berubah; iman turun dan naik


*** Lebih kepada mengingati diri sendiri***

Aku mengeluh sendirian: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Terkadang terasa kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tiada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya.

Astaghfirullahala’zim, astaghfirulahala’zim, astaghfirullahala’zim…L

Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Justeru, aku mula mencari punca di mana silapnya, di mana puncanya kelemahan iman yang semakin dirasai ini. Antara jawapan: (jom sama2 buat checklist)

*Ibadah tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsunya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas; ibadat wajib dan sunnat. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

*Hati yang tidak khusyuk. Petanda awal kerosakan hati ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit ini semakin parah apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadah. Melakukan ibadat sekadar mendirikan kewajipan sahaja, tetapi tiada kemanisan ibadat. Astaghfirullah..!!

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Jika dilihat para sahabat dulu, mereka membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

*Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kekyukuran kepada nikmat Allah Taala.

AKAN TETAPI….perkara sebegini kadang-kala membuat kita leka. Jika berlebihan dengan aktiviti ynag memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat “perjuangan” sebenar, mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

*Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?? (rujuk kisah Nabi Adam)

Sebelum Dr M menyatakan “melayu mudah lupa”, sejarah Nabi Adam telah membuktikan yang memang manusia itu sifatnya mudah lupa. Jadi kita perlu sentiasa diingatkan. Semua persoalan di atas memerlukan jawapan yang pasti.

*Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz. (Rjuk sifat-sifat Qana’ah)

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Jul 8, 2011

"Kerana Aku Sayang Kamu"

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti mereka bersorak gembira atas kelemahan jiwaku ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti "pemilik cahaya" itu akan bertanya kepadaku
"Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?"

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, temanku..!

"Dakwah"mu dikecam? Jangan cepat melatah

“kau ingat orang pakai jubah, tudung labuh, serban semua tu baik sangat ke?”

“Ah, baik ada makna tu, tengokla nanti, dia mesti ajak engkau masuk group dia.”

“Rimas betul aku, buat ini tak boleh, buat itu tak betul. Yang betul cuma dia je.”

“Kubur asing-asing la, tolongla jaga tepi kain sendiri. Suka hati aku la nak buat apa pun.”

“Ish, anti betul aku dengan budak-budak ni. Malas la nk bertembung dengan diorang.”



Pernah “disembur” begitu? Apabila ada orang nak ajak buat benda baik, ianya jadi pelik. Macam-macam dikata. Banyakkan bersabar, sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kata2 cemuhan spt ini sebenarnya tidaklah lebih daripada hanya cuma menggambarkan tuan empunya badan yg jiwanya sedang menderita. They are in pain. Mereka tidak punya keyakinan pada diri dan takut melihat kebaikan. Ini kerana mereka jauh darinya. Setiap kali orang lain cuba 'mengingatkan', ianya mengingatkan diri mereka akan kelemahan dan kekurangan diri mereka ....jadi mereka tidak selesa.

Maka untuk 'menyedapkan' diri, mrk merendahkan orang yang cuba menjadi baik dan cuba mencari kesalhan mereka. Sebenarnya mereka ini wajar dikasihani kerana sedang menderita.


Kita juga harus ingat juga bahawa kesanggupan manusia berbeza-beza. Mungkin semasa kita mengajak, kita sudah sanggup bersolat sunnat dan berpuasa sunnat, sedangkan orang itu belum sanggup solat wajib pun. Jadi, kita harus menerima mereka, berkatalah “tak apa, jom kita cuba sedaya upaya”.


Dekatkanlah diri dgn Quran, kerana itulah kekuatan seorang Muslim. Jom tengok sikit bagaimana Allah memujuk dalam “love letter”Nya:


Maka jangan sampai ucapan mereka membuat engkau bersedih hati. Sungguh, kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan” (36:76)


Boleh jadi engkau akan membinasakan dirimu dgn kesedihan kerana mereka tidak beriman” (26:3)


Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata2 dengan pertolongan Allah

dan janganlah engkau bersedih hati terhadap kekafiran mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orag yang berbuat kebaikan.” (16:127-128)

Jul 5, 2011

~~Bom petrol dan senjata yang dikaitkan dengan BERSIH~~


‎..Polis menjumpai bom petrol yang dikaitkan dengan BERSIH..saya tidak pasti sejauh manakah benar berita ini..jika benar amat bahaya, jika tidak benar, pun bahaya kerana menuduh perkara yang bahaya..kata Datin Paduka Marina Tun Mahathir dalam twitternya 'berita yang sukar dipecayai'..saya sendiri pun rasa agak pelik..mungkin betul cerita ini, mungkin provokasi..

Apapun saya teringat cerita di Negeri Entah Berentah bahawa ada dua orang 'kaki bohong' berdialog. Seorang berkata: "Sungai di tempat aku, ada banyak ikan. Setiap kali ceduk air dapat ikan". Jawab yang seorang lagi: "Sungai di tempat aku lebih banyak, terpaksa dikuak ikan ke tepi untuk mengambil air". Maka, terpingalah sahabat pembohong yang seorang lagi kerana tidak terdaya menghadapi pembohongan yang lebih hebat.

Moralnya, jika kita bohong keterlaluan, walaupun orang tidak jawab, tapi semua orang akan kata dalam hatinya 'kau bohong'..saya tidak pasti cerita bom ini dalam katagori benar, ataupun bohong..semua orang kena tanya kewarasan sendiri.."ceduk air dapat ikan, atau kuak ikan ambil air"..

Akhir kata:

ALLAH lebih mengetahui...
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?"
Surah Al-Baqarah : 077

Jul 2, 2011



Terkejut melihat kalendar. Sedar tidak sedar, hari ini kita telah melangkah masuk ke dalam bulan yang dikatakan antara bulan2 yang mulia dalam Islam.

Antara peristiwa di bulan Syaaban adalah, nisfu syaaban. "Nisfu" dalam bahasa Arab adalah pertengahan, jadi nisfu syaaban adalah pertengahan syaaban; 15 syaaban.
Apa yang berlaku pada malam nisfu Syaaban?

Kalau di Malaysia, kebanyakan surau dan masjid akan mengadakan solat sunnat nisfu syaaban dan bacaan yasin 3 kali selepas solat maghrib. Nisfu syaaban adalah hari di mana kitab amalan kita bertukar. Apalah agaknya yang tertulis dalam kitab amalan kita yang hampir ditukar kpd yang baru tuh..?? banyak biru ke, banyak merah ke..heee

Jadi, masih ada lbh kurang 14 hari lagi utk membaik pulih buku amalan kita. Jom, explore lagi apa amalan2 di bulan syaaban ini...:

1) Puasa:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”. (Dipetik dari kitab Durratun Nasihin).


2) Zikir dan selawat
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin).


3) Bertaubat
Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Wahhh, seronoknya...!! Jom lakukan sekarang..:)

Jun 28, 2011

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Jun 26, 2011

BULAN REJAB....APA YANG BERLAKU....APA YANG PATUT DIBUAT


REJAB BULAN PERSEDIAAN- ::GANJARAN BONUS SETIAP AMALAN::



"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa." (At-Taubah:36)


Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan di dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan di dalam bulan tersebut. Inilah suatu pengiktirafan oleh Allah s.w.t. terhadap bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.


Peristiwa penting dalam bulan Rejab
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;


Pertama : Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.


Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.


Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.
Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.


Salah faham bulan Rejab
Orang-orang Arab zaman Jahiliyah mengagung-agungkan bulan Rejab ini dan mereka menamakannya bulan Al-Ashamm, bulan yang pekak, kerana bulan ini tiada kedengaran jeritan, tangisan, pertempuran dan bunyi senjata bertarung dalam peperangan kerana bulan Rejab adalah bulan damai, bulan diharamkan peperangan.
Setelah kedatangan Islam sisa-sisa Jahiliyah itu (mengagung-agungkan bulan Rejab) masih lagi berkekalan apalagi kerana Israk Mikraj Rasulullah saw berlaku pada bulan ini. Para bid’ah lalu mengambil kesempatan ini untuk membuat hadith-hadith palsu yang menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini dan kemudian lahirlah beberapa jenis ibadat yang tidak disunnahkan oleh Rasulullah saw dan tidak pula dilakukan oleh para sahabat dan golongan Salaf.

Al-Hafiz Ibnu hajar Al-‘Asqalani berkata:
“tidak ada hadith sahih yang dapat dijadikan hujah mengenai keutamaan bulan Rejab, mengenai puasanya, mengenai hari yang khusus untuk berpuasa dan tidak ada malam khusus untuk bersolat padanya”

Asy-Syaukani menukilkan pendapat Ali bin Ibrahim Al-Aththar yang berkata dalam sebuah risalahnya: Bahawa apa yang diriwayatkan orang mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ belaka, dan dha’if.

Sebahagian ulama menyatakan kelebihan-kelebihan amalan zikir, solat dan puasa pada bilangan hari tertentu dalam bulan Rejab adalah berlawanan dengan Syara’ dari beberapa segi.

Antaranya ialah:
1. mengkhususkan malam Jumaat dengan qiamulail dilarang oleh Hadith Shahih
2. menyebutkan pahalanya yang berlebih-lebihan untuk menggalakkan orang-orang supaya memberikan perhatian kepadanya, terutamanya bagi orang-orang yang cuai menunaikan solat fardhu, menggalakkan mereka untuk mencuaikan pelaksanaan solat-solat fardhu.


Tingkatkan amalan di bulan Rejab sebelum sampai bulan Ramadhan
Terdapat pelbagai perselisihan pendapat mengenai amalan dan ganjaran untuk bulan Rejab ini. Namun, sebagai umat Islam kita boleh melakukan amalan-amalan sunat seperti yang dilakukan ketika di dalam bulan-bulan lain sebagai persediaan kepada rohani dan fizikal untuk menghadapi Ramadhan Al-Mubarak kelak.
Antaranya ialah:

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Amalan berpuasa sunat adalah merupakan suatu galakan daripada Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Bukhari ;


Maksudnya ;
Sabda Rasulullah s.a.w. " Allah s.w.t. telah berfirman bahawa puasa itu adalah untukNya maka Allah lah yang akan membalasnya."

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hazam ;


Maksudnya :
" Tangan yang di atas ( pemberi ) lebih baik dari tangan yang di bawah ( penerima )"

3. Memperbanyakkan zikrullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud " Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia."


4. Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani

5. Bertaubat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

6. Berdoa.

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan di dalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.

Maksudnya ;
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(Zalzalah: 7-8)