Allah s.w.t. dah janji "aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya". So, as a human, our role is to make effort, and make du'a, and let the rest to HIM because of course HE knows better.
Kisah saya... Hampir 2 tahun memegang title graduan undang-undang dari Bond University, Australia. Saya pulang ke Malaysia dengan azam yang sangat tinggi. Saya mahu mendidik jiwa anak2 ini dengan sebenar2 tujuan hidup. Berbekalkan pengalaman menjadi tutor di Gold COast unituk subjek Advanced Mathematics, kerja pertama yang saya pohon adalah guru tuisyen bkn Math tetapi subjek SEJARAH, saya mahu mendidik anak2 ini cara mereka beefikir dari pelbagai perspektif, bukan sekadar silabus.. alhamdulillah, moga Allah redha..
Saya masih mengajar di waktu malam walupun saya bekerja di firma guaman sebulan kemudian. Bukan krn duit, tapi kerana anak2 ini. I want to make it clear for them that education is not about learning and earn money. It's more than that! Skrg, bukan shj subjek sejarah, malah math dan add math utk spm selain aktif memberikan motivasi.. Saya mahu dekat dgn mereka..Hampir setahun di firma, saya mula menganjak ke bidang korporat tetapi masih dalam department undang-undang. Juga, saya tidak meninggalkan anak2 murid saya, saya masih mengajar walaupun saya kurangkan jadual saya.
Namun, masih dan masih yang mempersoal.......
Ayat biasa yang saya terima:
1.) Kenapa tak keje kerajaan?
Siapa yang tak nak kan, kita dah apply tapi tak dapat, itu maknanya bukan rezeki kita. Usah dipersoal. keje apa pun, asalkan halal dan kita rajin cari duit insyaAllah boleh hidup.
2.) Kita kena ada wawasan hidup, baru berjaya
Habis, kalau bukan keje kerajaan maknanya takde wawasan hidup ke? Adakah hidup semata-mata mampu pakai kereta mewah dan banglo besar?
3.) Kalau keje kerajaan, senang nak buat pinjaman. Gaji RM850 pun dah boleh meminjam.
Apa guna pinjaman sebenarnya? Kalau sekadar nak nmpak mewah, baik tak payah.
Itulah manusia. Asal hidup senang sikit, mula angkuh mempersoalkan hidup org lain. Selalu sangat saya disoal macam ni, macamlah saya hidup merempat mintak sumbangan derma dari mereka.
Sebelum kahwin, orang risau sebab saya keje swasta, bukan kerajaan, macam mana kononnya nak mula hidup berumahtangga sedang kewangan blum kukuh. Tapi alhamdulilah kami mampu beli rumah sendiri di usia ini. walaupun cuma pondok2, tetap rumah sndiri. Kami boleh bayar yuran guaman yang mencecah 8k tnpa perlu hutang pd sesiapa seminggu selepas blk dari honeymoon. kami boleh beli perabot asas.. Mereka lupa rezeki datangnya dari ALLAH, kdg2 dr sumbeer yg tidak kita sangka. Mereka lupa yg rezeki bkn dari kerajaan atau majikan, ia dari Tuhan..
Sejurus berkahwin, saya faham jadual saya agak ketat dan suami minta saya mencari keje di kawasan terdekat. Kos ulang alik ke tempat kerja (tol dan petrol) mencecah RM800 sebulan. Masa saya di rumahamat terhad.. keluar pg dan blk malam.. Saya masih berkeras kerana pada saya, saya mampu bertahan. Masuk bulan ketiga, kata suami, 'you love your husband or your boss'... Only then, I gave up.
Orang bertambah risau bila saya berhenti kerja. Namun, saya tak berhenti tanpa simpanan.. saya tak pernah menyusahkn suami saya dgn komitmen (installment kereta dan asb) saya setiap bulan.. Alhamdulillah, saya tidak menganggur sejurus berhenti, masih bekerja walaupun mgkn untuk sementara sblm dapat tawaran lain.. masih berusaha dan tidak lupa bertawakkal...
Jadi, sesiapa yg nak kawen, saya nasihatkan jgn takut utk melangkah. asalkan niat kita betul, teruskan usaha, jgn lalai berdoa dan selebihnya tawakal saja pada Allah krn janji Allah itu pasti. rezeki kita, DIA yg tentukan, bukan mulut2 manusia yang tak henti bercakap...
JaLinaN ukHwaH
~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...
Aug 22, 2014
Dec 2, 2013
"Get the "Cable", Higher Chances For You to Get the Job."
Out of almost 100 candidates that I have been interviewed, two of them called me this morning, said thank you and informing that they're very excited to get the job and to sign the offer letter. I just know that both of them are actually a single mother and really need the job. Feel like crying knowing that some people still craving for jobs. These women are willing to do everything after get divorced and have child at the very early age.
I feel so relief even I'm a bit stressful these days, maybe this is what people call as satisfaction of work, yes I'm seriously under stress till my colleague can notice the difference of mine, yet feel satisfied with myself, at least I help somebody and I really hope that this will happen continuously.
This matter makes me think further of those who are actually using so-called "cable" to get jobs. Since I was in school, I'm not believe in this kind of system and I personally think it is very unfair. It is seriously infringing others' rights.
Since I was kids, people keep telling me it's hard to get into boarding school or good school if you don't have "cable", it's hard to get jobs if you don't have "cable". And I feel like to slap all these "cables" in abusing their power. Seriously, I'm not kidding you..!
I personally believe that every person has a right to be judged on its own merit. Being an interviewer or someone that is in a position to give a decision on others' future is not easy, it is a responsibility. I repeat, it is RESPONSIBILITY. Thousands of people are relying on your judgement to have a better life. If you reserve some positions for the people that you know, then is it fair for those who are not represented by anyone so-called 'cable'? Definitely I know you yourself know the answer. You know what, you are actually cutting others' queue. And this is very irresponsible. For me, it's not much different from "stealing", you are stealing others' position who may much qualified.
Honestly, I think this is the disease in our community...:( And I feel helpless because I cannot stop it....:(
Aug 6, 2012
solat witir: selepas terawih atau semasa qiyamulail..?
Rasa macam tak layak nak buat entry pasal ni, tapi rasa macam kena jugak tulis...hihi...
*just a short note ok, janji*
*************
Sesetengah orang memahami bahawa solat witir itu sebagai solat penutup.. maknanya lepas tu dah tak bleh solat sunat dah.. ye la.. dah tutup kan? Ini merupakan kefahaman yg silap.. takde istilah tutup buka dalam solat ni..Sekalipun kita dah solat witir selepas solat tarawih, kita masih lagi boleh solat sunat lain selepas tu...contohnya solat hajat ke, tahajjud ke, taubat ke etc......
Dan tiada jugak masalah andai kita tak nak buat solat witir selepas solat terawih, dgn sbb contohnya kita nk buat witir masa qiyamulail nanti..(Jadi, bolehla balik rumah awal atau pun boleh la makan moreh awal, hehe)
Kedua2 ini ada sandarannya... Abu Bakar r.anhu melakukan solat witir selepas isyak krn takut tak terjaga masa qiyamulail...Sedangkan Umar r.anhu melakukan witir di akhir qiyamulail kerana beliau merupakan seorang yg tegas...nak bangun, mesti akan bangun...
Jadi, terpulanglah...kalau nak solat witir selepas terawih pun boleh, tak nak pun takpe...yg jadi masalahnya, lepas terawih pun tak buat, qiamulail pun tak bangun...so, terlepas la ganjaran solat sunat witir tambahan pula di bulan Ramadahan yg pahalanya berlipat kali ganda ni....Dan satu lg, Allah suka tau pada sesiapa yg melakukan solat witir, even Rasulullah pun x pernah tinggal solat witir...:)
Jadi, pada sesiapa yg terjaga di tengah malam walaupun dia telah buat solat witir selepas terawih tadi, maka jgnlah takut utk bgn qiyamulail...solat witir yg kita buat itu bukanlah bererti "tertutup" dh utk kita buat solat2 sunnat lain pd hari itu...
Dan, pada sesiapa yg tidak solat witir dgn sbb utk bgn qiyam, syabas, itu adalah salah satu motivasi utk kita bangun sebenarnya. Dan semoga istiqamah...Dan satu lagi, janganlah pulak kita beranggapan org yg melakukan witir selepas terawih itu semuanya tidak bgn qiyam tauu...hehe.. kesian kat imam yg "terpaksa" imamkan ma'mum solat witir....:)
Selamat berqiyamulail semua..:P
Rebutlah peluang, jom bersedia mencari lailatul qadr...!!
Jun 19, 2012
Pemberian itu...~~
Saya mahu abadikan kisah ini secara kekal di sini. Moga bermanfaat buat semua. Moga sesiapa sahaja yang membaca ini akan memuji rakan2 saya atas kebaikan mereka dan moga mereka yang membaca ini sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan2 saya
Saya ditimpa musibah beberapa minggu lepas hingga menyebabkan saya kehilangan hampir $900...Hampir seminggu meng"exclude"kan diri, mencari rasional di sebalik apa yang berlaku, minggu lepas, saya rasa bersedia untuk berkongsi pengalaman pahit tersebut. Pada saya, semuanya telah selesai, emak saya telah kirimkan wang tersebut, cuma tidak dinafikan, emosi masih terganggu dengan apa yang berlaku. Tapi hati semakin redha dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.
Hari ini, sesuatu yang tidak pernah saya jangka, saya menerima sumbangan dari kawan2 di sini, membuatkan saya rasa bersalah yang teramat. Bukan bermaksud saya menolak pemberian ikhlas ini, tetapi mereka juga bergelar 'student' seperti saya, mereka juga perlukan wang sepertimana saya. Lagipun, emak saya telah pun menghantar wang untuk gantikan wang telah hilang itu. 'Aku ni asyik menyusahkan orang saja', terkadang memang saya marah dengan diri sendiri..
Saya jumpa A1 dan A2 (antara kawan2 saya), cuba terangkan pada mereka wang yang mereka berikan itu terlalu banyak, saya tidak mahu menyusahkan mereka dengan masalah saya, sebab itu saya tidak menceritakan dari awal pada sesiapa akan masalah ini kecuali keluarga saya. Saya terangkan yang wang yang hilang tersebut sudah pun diganti semula. Saya cuba mengorek mahu tahu siapa yang telah memberikan wang tersebut kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak memberitahu sebaliknya mengatakan ianya anonymous dan mereka mengumpulnya beramai2.
Saya buntu sekejap, saya tidak pasti mahu menerima pemberian ini atau tidak. Sungguh, saya tahu mereka ikhlas lillah Taa'la, tapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya ambil keputusan untuk memberitahu pada emak saya, seperti biasa, meminta pendapat. Emak agak terkejut, mula bertanya samada saya yang meminta atau mereka yang memberi; memang itulah pantang emak saya apabila anak-anaknya mula meminta-minta kepada orang lain terutama dari segi kewangan. Saya jelaskan, saya tidak memberitahu mereka akan masalah ini sekalipun, kecuali dalam entry sebelum ini, inikan pula meminta-minta. Hanya mereka yang membaca blog saya sahaja yang mungkin akan tahu mengenai ini. The rest may not know about this.
Saya meminta pendapatnya samada mahu menerima sumbangan ini atau tidak. Mahu menerima, rasanya bagai tak sanggup menggunakan duit rakan sendiri yang mungkin mereka juga memerlukan. Mahu dikembalikan, saya tidak tahu siapa dalam kalangan mereka yang memberi. Mahu ditolak, takut akan ada yang terasa hati. Sedangkan Rasulullah sendiri menerima andai diberikan kepada Baginda hidangan betis kambing sekalipun untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada si pemberi. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu pemberian, lalu aku berkata; "Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku". Lalu Rasulullah berkata kepadaku; "Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun, jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Akhirnya emak memberi jawapan; pemberian orang, kita tak boleh tolak, kecuali andai pemberian tersebut bertujuan untuk rasuah dan sebagainya atau kita tahu ianya datang dari sumber yang tidak jelas/haram . Emak saya berpendapat bahawa; yang membezakan pemberian itu daripada pemberian biasa adalah cara kita menggunakan pemberian tersebut. Jika ianya berupa ilmu, gunakan, amalkan dan ajarkan supaya si pemberi juga mendapat saham akhirat. Jika ianya berupa wang, laburkan ke arah kepentingan jemaah supaya ianya bermanfaat kepada orang banyak.
Kepada rakan2, dengan rasa rendah diri dan dengan nama Allah, saya menerima sumbangan ini dengan lapang dada dan insyaAllah wang ini akan disumbangkan semula ke arah kepentingan jemaah kita bersama, bukan kepentingan peribadi saya. InsyaAllah, moga ini menjadi saham akhirat yang berterusan untuk kita semua. Terima kasih atas keprihatinan kalian, tidak terbalas rasanya pengorbanan kalian.
p/s: rakan saya sempat bergurau, "tak perlu balas apa2, cuma nanti kalau u nak kawin, jemput la kitorang"..Ini jawapan saya --> kalau mereka tak beri semua ini sekalipun, memang saya akan jemput mereka pun ("subject to" kalau ada jodoh...) :P
*******

Jun 16, 2012
Cinta Bicara vs Cinta Laku
Kadangkala,
cinta itu datang bukan dengan kata-kata,
tetapi terpancar dari sikap dan perbuatan kita.
Ada masa,
ia muncul dalam bentuk bicara,
meyakinkan hati,
mengawang-awangkan jiwa kita.
Dan kalau Allah izin serta berikan aku kekuatan,
aku mahu mencintaimu dengan kedua-dua cara,
supaya cinta kita lebih erat,
dan hidup kita lebih bahagia.
Agar satu hari nanti bila kau toleh ke belakang semula,
Dirimu takkan sesekali menyesal memilih diri ini yang hina.
-------------
Perlahan-lahan mengumpul kekuatan.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Jun 15, 2012
"Allah tidak menyayangiku"
Saat-saat hampir tamat pengajian ini, di sini lah ujian datang bertimpa-timpa. Hingga suatu saat aku terasa seolah-olah tidak mahu bercakap dan berhadapan dengan sesiapa sahaja. Biar aku sendiri, aku mahu berada dalam 'duniaku' sendiri, aku perlukan waktu untuk merasionalkan apa yang terjadi. Aku benci berbuat baik dengan makhluk bernama manusia kerana mereka tidak akan pernah bersikap adil, menjadikan diriku rasa tersisih dalam dunia yang dipenuhi manusia ini.
Ya, benar, aku rebah di saat ujian besar ini datang menghinggap suratan hidupku. Ku jadi lemah tak bermaya, mengharapkan apa yang terjadi cuma mimpi belaka. Minggu lepas, aku ditipu mereka yang berhati durjana, yang menjadikan manusia sepertiku sebagai mangsa. Aku kehilangan hampir $900 (RM 3000). Sungguh ku tiada tempat mengadu. Aku cuba berlagak tenang, cuba mencari jalan penyelesaian. Aku buat report dan mengikut semua arahan pihak authority dengan harapan wang ku dapat dikembalikan. Namun, akhirnya, setelah berusaha berbagai cara, wang tersebut tidak dapat di-'trace' semula kemana perginya.
Sungguh, saat ini, kurasakan Allah tidak lagi menyayangi ku. Aku rasa marah, kecewa yang teramat sangat. It's a huge amount of money. Aku mula putus asa. Ku tahu, syaitan dah mula meracuni aku. Aku tidak pernah berbohong pada orang lain tapi kenapa ini yang mereka lakukan terhadapku???? Aku rasa dunia ini terlalu tidak adil..Aku mula tekad mahu 'defer' semester dan pulang untuk sementara waktu
Aku tiada pilihan kecuali membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia menerangkan apa yang terjadi. Sungguh, aku rasa sungguh bersalah kerana dalam kesibukan dan kegembiraan keluarga membuat persediaan untuk majlis perkahwinan abangku, aku pula membawakan berita buruk ini.
Respond yang ku terima: sangat positif. Ibu dan kakak ku menyuruh ku kembali kepada Allah, anggap ini bukanlah rezeki kita. Mereka menyuruh aku melupakan apa yang terjadi dan teruskan pengajian yang hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum aku tamat sebagai siswazah undang-undang. Ya, mereka sangat positif. Aku bersyukur tergolong dalam keluarga ini, sentiasa menyokong ku dalam keadaan senang atau susah. Yang paling menyentuh hatiku adalah mereka sanggup mengganti semula duit yang telah hilang tersebut keesokan harinya juga kerana risau akan aku yang jauh di tempat orang. Aku rasa bersalah kerana aku tahu keluarga kini telah mengeluarkan belanja untuk persiapan perkahwinan abangku. Abangku juga menasihatiku agar aku memberitahu seandainya berlaku apa2 yang tidak diingini, katanya, kalau sampai dia terpaksa tunda perkahwinannnya pun, dia sanggup.
"Ya Allah, ampunkan aku. Aku menyalahkan takdir dengan apa yang menimpaku, tapi aku tidak sedar bahawa aku punyai orang2 yang sangat menyayangi ku". Ya, mungkin aku kehilangan $900 tapi aku masih ada mereka yang sayangkan aku seikhlasnya, yang tidak sama nilainya dengan $900 yang hilang itu.
"Semoga Allah memberi pahala di atas dugaan yang ku terima ini dan menggantikan yang lebih baik daripada itu"

| اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا | |||
|
InsyaAllah, dugaan ini akan menjadikan aku lebih kuat. InsyaAllah dugaan ini juga akan membuatkan aku menjadi seorang yang lebih berhati-hati kerana tidak semua manusia punyai hati "manusia" walau zahirnya nampak baik.
May 19, 2012
Sujud Seorang Hamba
Sujudku menguatkan aku
Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah,
Allah mendengar setiap rintihan hatiku.
Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..
Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah,
Allah mendengar setiap rintihan hatiku.
Allah mengerti pedih di kalbuku
Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan menruskan langkah
Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)