JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Jun 19, 2012

Pemberian itu...~~

Saya mahu abadikan kisah ini secara kekal di sini. Moga bermanfaat buat semua. Moga sesiapa sahaja yang membaca ini akan memuji rakan2 saya atas kebaikan mereka dan moga mereka yang membaca ini sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan2 saya
*******

Saya ditimpa musibah beberapa minggu lepas hingga menyebabkan saya kehilangan hampir $900...Hampir seminggu meng"exclude"kan diri, mencari rasional di sebalik apa yang berlaku, minggu lepas, saya rasa bersedia untuk berkongsi pengalaman pahit tersebut. Pada saya, semuanya telah selesai, emak saya telah kirimkan wang tersebut, cuma tidak dinafikan, emosi masih terganggu dengan apa yang berlaku. Tapi hati semakin redha dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini, sesuatu yang tidak pernah saya jangka, saya menerima sumbangan dari kawan2 di sini, membuatkan saya rasa bersalah yang teramat. Bukan bermaksud saya menolak pemberian ikhlas ini, tetapi mereka juga bergelar 'student' seperti saya, mereka juga perlukan wang sepertimana saya. Lagipun, emak saya telah pun menghantar wang untuk gantikan wang telah hilang itu. 'Aku ni asyik menyusahkan orang saja', terkadang memang saya marah dengan diri sendiri..

Saya jumpa A1 dan A2 (antara kawan2 saya), cuba terangkan pada mereka wang yang mereka berikan itu terlalu banyak, saya tidak mahu menyusahkan mereka dengan masalah saya, sebab itu saya tidak menceritakan dari awal pada sesiapa akan masalah ini kecuali keluarga saya. Saya terangkan yang wang yang hilang tersebut sudah pun diganti semula. Saya cuba mengorek mahu tahu siapa yang telah memberikan wang tersebut kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak memberitahu sebaliknya mengatakan ianya anonymous dan mereka mengumpulnya beramai2.

Saya buntu sekejap, saya tidak pasti mahu menerima pemberian ini atau tidak. Sungguh, saya tahu mereka ikhlas lillah Taa'la, tapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya ambil keputusan untuk memberitahu pada emak saya, seperti biasa, meminta pendapat. Emak agak terkejut, mula bertanya samada saya yang meminta atau mereka yang memberi; memang itulah pantang emak saya apabila anak-anaknya mula meminta-minta kepada orang lain terutama dari segi kewangan. Saya jelaskan, saya tidak memberitahu mereka akan masalah ini sekalipun, kecuali dalam entry sebelum ini, inikan pula meminta-minta. Hanya mereka yang membaca blog saya sahaja yang mungkin akan tahu mengenai ini. The rest may not know about this. 


Saya meminta pendapatnya samada mahu menerima sumbangan ini atau tidak. Mahu menerima, rasanya bagai tak sanggup menggunakan duit rakan sendiri yang mungkin mereka juga memerlukan. Mahu dikembalikan, saya tidak tahu siapa dalam kalangan mereka yang memberi. Mahu ditolak, takut akan ada yang terasa hati. Sedangkan Rasulullah sendiri menerima andai diberikan kepada Baginda hidangan betis kambing sekalipun untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada si pemberi. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu pemberian, lalu aku berkata; "Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku". Lalu Rasulullah berkata kepadaku; "Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun, jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).


Akhirnya emak memberi jawapan; pemberian orang, kita tak boleh tolak, kecuali andai pemberian tersebut bertujuan untuk rasuah dan sebagainya atau kita tahu ianya datang dari sumber yang tidak jelas/haram . Emak saya berpendapat bahawa; yang membezakan pemberian itu daripada pemberian biasa adalah cara kita menggunakan pemberian tersebut. Jika ianya berupa ilmu, gunakan, amalkan dan ajarkan supaya si pemberi juga mendapat saham akhirat. Jika ianya berupa wang, laburkan ke arah kepentingan jemaah supaya ianya bermanfaat kepada orang banyak. 

Kepada rakan2, dengan rasa rendah diri dan dengan nama Allah, saya menerima sumbangan ini dengan lapang dada dan insyaAllah wang ini akan disumbangkan semula ke arah kepentingan jemaah kita bersama, bukan kepentingan peribadi saya. InsyaAllah, moga ini menjadi saham akhirat yang berterusan untuk kita semua. Terima kasih atas keprihatinan kalian, tidak terbalas rasanya pengorbanan kalian. 


p/s: rakan saya sempat bergurau, "tak perlu balas apa2, cuma nanti kalau u nak kawin, jemput la kitorang"..Ini jawapan saya --> kalau mereka tak beri semua ini sekalipun, memang saya akan jemput mereka pun ("subject to" kalau ada jodoh...) :P



Jun 16, 2012

Cinta Bicara vs Cinta Laku



Kadangkala,
cinta itu datang bukan dengan kata-kata,
tetapi terpancar dari sikap dan perbuatan kita.

Ada masa,
ia muncul dalam bentuk bicara,
meyakinkan hati,
mengawang-awangkan jiwa kita.

Dan kalau Allah izin serta berikan aku kekuatan,
aku mahu mencintaimu dengan kedua-dua cara,
supaya cinta kita lebih erat,
dan hidup kita lebih bahagia.

Agar satu hari nanti bila kau toleh ke belakang semula,
Dirimu takkan sesekali menyesal memilih diri ini yang hina.

-------------
Perlahan-lahan mengumpul kekuatan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.












Jun 15, 2012

"Allah tidak menyayangiku"

Saat-saat hampir tamat pengajian ini, di sini lah ujian datang bertimpa-timpa. Hingga suatu saat aku terasa seolah-olah tidak mahu bercakap dan berhadapan dengan sesiapa sahaja. Biar aku sendiri, aku mahu berada dalam 'duniaku' sendiri, aku perlukan waktu untuk merasionalkan apa yang terjadi. Aku benci berbuat baik dengan makhluk bernama manusia kerana mereka tidak akan pernah bersikap adil, menjadikan diriku rasa tersisih dalam dunia yang dipenuhi manusia ini.

Ya, benar, aku rebah di saat ujian besar ini datang menghinggap suratan hidupku. Ku jadi lemah tak bermaya, mengharapkan apa yang terjadi cuma mimpi belaka. Minggu lepas, aku ditipu mereka yang berhati durjana, yang menjadikan manusia sepertiku sebagai mangsa. Aku kehilangan hampir $900 (RM 3000). Sungguh ku tiada tempat mengadu. Aku cuba berlagak tenang, cuba mencari jalan penyelesaian. Aku buat report dan mengikut semua arahan pihak authority dengan harapan wang ku dapat dikembalikan. Namun, akhirnya, setelah berusaha berbagai cara, wang tersebut tidak dapat di-'trace' semula kemana perginya.

Sungguh, saat ini, kurasakan Allah tidak lagi menyayangi ku. Aku rasa marah, kecewa yang teramat sangat. It's a huge amount of money. Aku mula putus asa. Ku tahu, syaitan dah mula meracuni aku. Aku tidak pernah berbohong pada orang lain tapi kenapa ini yang mereka lakukan terhadapku???? Aku rasa dunia ini terlalu tidak adil..Aku mula tekad mahu 'defer' semester dan pulang untuk sementara waktu

Aku tiada pilihan kecuali membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia menerangkan apa yang terjadi. Sungguh, aku rasa sungguh bersalah kerana dalam kesibukan dan kegembiraan keluarga membuat persediaan untuk majlis perkahwinan abangku, aku pula membawakan berita buruk ini.

Respond yang ku terima: sangat positif. Ibu dan kakak ku menyuruh ku kembali kepada Allah, anggap ini bukanlah rezeki kita. Mereka menyuruh aku melupakan apa yang terjadi dan teruskan pengajian yang hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum aku tamat sebagai siswazah undang-undang. Ya, mereka sangat positif. Aku bersyukur tergolong dalam keluarga ini, sentiasa menyokong ku dalam keadaan senang atau susah. Yang paling menyentuh hatiku adalah mereka sanggup mengganti semula duit yang telah hilang tersebut keesokan harinya juga kerana risau akan aku yang jauh di tempat orang. Aku rasa bersalah kerana aku tahu keluarga kini telah mengeluarkan belanja untuk persiapan perkahwinan abangku. Abangku juga menasihatiku agar aku memberitahu seandainya berlaku apa2 yang tidak diingini, katanya, kalau sampai dia terpaksa tunda perkahwinannnya pun, dia sanggup.

"Ya Allah, ampunkan aku. Aku menyalahkan takdir dengan apa yang menimpaku, tapi aku tidak sedar bahawa aku punyai orang2 yang sangat menyayangi ku". Ya, mungkin aku kehilangan $900 tapi aku masih ada mereka yang sayangkan aku seikhlasnya, yang tidak sama nilainya dengan $900 yang hilang itu.

"Semoga Allah memberi pahala di atas dugaan yang ku terima ini dan menggantikan yang lebih baik daripada itu"


اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ya Allah ! Berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai
dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu."
..dipetik daripada Hadis sahih riwayat Muslim

InsyaAllah, dugaan ini akan menjadikan aku lebih kuat. InsyaAllah dugaan ini juga akan membuatkan aku menjadi seorang yang lebih berhati-hati kerana tidak semua manusia punyai hati "manusia" walau zahirnya nampak baik.   

May 19, 2012

Sujud Seorang Hamba

Sujudku menguatkan aku
Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, 
Allah mendengar setiap rintihan hatiku.
Allah mengerti pedih di kalbuku
Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan menruskan langkah



Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..

Feb 28, 2012

"Yup, saya berbasikal ke kelas"


Hampir 3 tahun lepas, bila pertama kali jejakkan kaki di bumi Australia, Ya Allah, Tuhan je tau betapa susah sangat rasanya nk cope dgn keadaan kat sini, maklum la first time duduk jauh xkenal sape2, ditambah dengan takde senior; masa tu la baru faham perasaan Bangla2 kat Malaysia, hihihi...but Alhamdulillah masih survive till now...:)

One of things is masa tu time summer, and sesungguhnya sangatlah panas, sunburn jgn ckp la, smpai kaki dah berbelang2 ikut bentuk kasut...huhu...jadi alkisahnya, my friends and I pun plan utk beli basikal, so that senang nak ulang alik...yes, bicycle, just a bicycle... nak tengok tak??

Jeng..Jeng...^_____^

seeeeee...comel tak....?? huhu..:) ada helmet lagi tau...hehe, kat sni, nk bawa basikal kena pakai helmet ye, harap maklum, otherwise, mau nyer kena saman...so, ikut aje lah kan, dah duk tempat diorang...Lama jugak basikal ni berjasa, hehe...

TAPI kannnnnn...xlama lepas tuh, ada something happened to me which is xbleh lupa...xtau la kenangan manis or pahit, tp that's the one which I can't forget..:( Masa tu dah ujung2 autumn nk ke winter...sejukk time ni, tu yg dah mula susah nk bangun pagi tu..haha...satu ari, ada kelas pagi, tp trlambat bangun pulak, actually xde la lmbat sgt, it just sbb rumah jauh, tu yg kena bertolak awal...kelam kabut kayuh basikal, akhirnya smpat la smpai walaupun lambat dlm 10 minit camtu. So, i just letak basikal betul2 dpan kelas, kunci kat pokok... after class je, ingat nak pegi cafe beli something then nk stay jap tgk2 pe yg patut...tetiba terpandang pokot yg i "park" basikal td, HILANG....huargggghhhh...!!!, rasa nak nangis, rasa mcm kereta kena curi you, serious, xtipuuuuu ni tau...haha...pastuh, terus jalan kaki balik rumah, sedih kot time tu...rasa mcm nk tido...haha, bila tension je, i mmg akn tido...huhu...

Bangun tido je, baru teringat..."nape la aku tak pegi tanya security", aisehhh, x trpikir pulak....Disebabkan petang tu ada kelas lg, dah alang2 kat Uni kn, pegi la jmpe security, beria2 bercerita ni and die pun mendengar dgn tekunnya....explain punye explain, lama jgak, dalam 10 minit, dh mcm buat report anak hilang je, haha....then die pun tnye, "ok, where did u put your bicyle?", i just ckp "down there" smbil tunjuk kat die....Ya Allah rupanya die yg ambik...Ooohhhh Goshhh, what the fish, letih ak explain, awat la yg x habaq awal2...AND one thing yg i observe, orang2 sni, bile bercakap, diorang xkan menyampuk, diorang akn biarkan kita abis ckp dlu, then baru diorang ckp.....hehe, sgt comellll bile terbayangkan that "pak cik jaga"...hihihi...die ckp die ambil basikal tu sbb x "parking" kat tempat yg betul, then he said, this is better than being stolen right...hehe

and NOW, basikal tu dah xde...I sold it to this one guy from Papua Guinea, cause i'm moving to a nearer house like 2 months after that incident..:)

Jul 15, 2011

KASIH

Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun kusiram kasih yang bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam dalam arus yang menyeksakan

Kasih..
Tidak pernah ku meminta2 selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta...Dalam meniti usia, punah semua saat yang bahagia
Dimana kelembutan yang ada dulu
Merana..dalam senyuman ku meratap pedih

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah detik masa dulu
Kenapa perlu lihat pada perbezaan
Kenapa tidak lihat pada persamaan..??

Hati mudah berubah; iman turun dan naik


*** Lebih kepada mengingati diri sendiri***

Aku mengeluh sendirian: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Terkadang terasa kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tiada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya.

Astaghfirullahala’zim, astaghfirulahala’zim, astaghfirullahala’zim…L

Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Justeru, aku mula mencari punca di mana silapnya, di mana puncanya kelemahan iman yang semakin dirasai ini. Antara jawapan: (jom sama2 buat checklist)

*Ibadah tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsunya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas; ibadat wajib dan sunnat. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

*Hati yang tidak khusyuk. Petanda awal kerosakan hati ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit ini semakin parah apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadah. Melakukan ibadat sekadar mendirikan kewajipan sahaja, tetapi tiada kemanisan ibadat. Astaghfirullah..!!

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Jika dilihat para sahabat dulu, mereka membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

*Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kekyukuran kepada nikmat Allah Taala.

AKAN TETAPI….perkara sebegini kadang-kala membuat kita leka. Jika berlebihan dengan aktiviti ynag memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat “perjuangan” sebenar, mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

*Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?? (rujuk kisah Nabi Adam)

Sebelum Dr M menyatakan “melayu mudah lupa”, sejarah Nabi Adam telah membuktikan yang memang manusia itu sifatnya mudah lupa. Jadi kita perlu sentiasa diingatkan. Semua persoalan di atas memerlukan jawapan yang pasti.

*Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz. (Rjuk sifat-sifat Qana’ah)

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.