JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Jul 15, 2011

KASIH

Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun kusiram kasih yang bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam dalam arus yang menyeksakan

Kasih..
Tidak pernah ku meminta2 selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta...Dalam meniti usia, punah semua saat yang bahagia
Dimana kelembutan yang ada dulu
Merana..dalam senyuman ku meratap pedih

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah detik masa dulu
Kenapa perlu lihat pada perbezaan
Kenapa tidak lihat pada persamaan..??

Hati mudah berubah; iman turun dan naik


*** Lebih kepada mengingati diri sendiri***

Aku mengeluh sendirian: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Terkadang terasa kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tiada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya.

Astaghfirullahala’zim, astaghfirulahala’zim, astaghfirullahala’zim…L

Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Justeru, aku mula mencari punca di mana silapnya, di mana puncanya kelemahan iman yang semakin dirasai ini. Antara jawapan: (jom sama2 buat checklist)

*Ibadah tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsunya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas; ibadat wajib dan sunnat. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

*Hati yang tidak khusyuk. Petanda awal kerosakan hati ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit ini semakin parah apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadah. Melakukan ibadat sekadar mendirikan kewajipan sahaja, tetapi tiada kemanisan ibadat. Astaghfirullah..!!

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Jika dilihat para sahabat dulu, mereka membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

*Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kekyukuran kepada nikmat Allah Taala.

AKAN TETAPI….perkara sebegini kadang-kala membuat kita leka. Jika berlebihan dengan aktiviti ynag memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat “perjuangan” sebenar, mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

*Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?? (rujuk kisah Nabi Adam)

Sebelum Dr M menyatakan “melayu mudah lupa”, sejarah Nabi Adam telah membuktikan yang memang manusia itu sifatnya mudah lupa. Jadi kita perlu sentiasa diingatkan. Semua persoalan di atas memerlukan jawapan yang pasti.

*Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz. (Rjuk sifat-sifat Qana’ah)

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Jul 8, 2011

"Kerana Aku Sayang Kamu"

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti mereka bersorak gembira atas kelemahan jiwaku ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti "pemilik cahaya" itu akan bertanya kepadaku
"Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?"

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, temanku..!

"Dakwah"mu dikecam? Jangan cepat melatah

“kau ingat orang pakai jubah, tudung labuh, serban semua tu baik sangat ke?”

“Ah, baik ada makna tu, tengokla nanti, dia mesti ajak engkau masuk group dia.”

“Rimas betul aku, buat ini tak boleh, buat itu tak betul. Yang betul cuma dia je.”

“Kubur asing-asing la, tolongla jaga tepi kain sendiri. Suka hati aku la nak buat apa pun.”

“Ish, anti betul aku dengan budak-budak ni. Malas la nk bertembung dengan diorang.”



Pernah “disembur” begitu? Apabila ada orang nak ajak buat benda baik, ianya jadi pelik. Macam-macam dikata. Banyakkan bersabar, sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kata2 cemuhan spt ini sebenarnya tidaklah lebih daripada hanya cuma menggambarkan tuan empunya badan yg jiwanya sedang menderita. They are in pain. Mereka tidak punya keyakinan pada diri dan takut melihat kebaikan. Ini kerana mereka jauh darinya. Setiap kali orang lain cuba 'mengingatkan', ianya mengingatkan diri mereka akan kelemahan dan kekurangan diri mereka ....jadi mereka tidak selesa.

Maka untuk 'menyedapkan' diri, mrk merendahkan orang yang cuba menjadi baik dan cuba mencari kesalhan mereka. Sebenarnya mereka ini wajar dikasihani kerana sedang menderita.


Kita juga harus ingat juga bahawa kesanggupan manusia berbeza-beza. Mungkin semasa kita mengajak, kita sudah sanggup bersolat sunnat dan berpuasa sunnat, sedangkan orang itu belum sanggup solat wajib pun. Jadi, kita harus menerima mereka, berkatalah “tak apa, jom kita cuba sedaya upaya”.


Dekatkanlah diri dgn Quran, kerana itulah kekuatan seorang Muslim. Jom tengok sikit bagaimana Allah memujuk dalam “love letter”Nya:


Maka jangan sampai ucapan mereka membuat engkau bersedih hati. Sungguh, kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan” (36:76)


Boleh jadi engkau akan membinasakan dirimu dgn kesedihan kerana mereka tidak beriman” (26:3)


Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata2 dengan pertolongan Allah

dan janganlah engkau bersedih hati terhadap kekafiran mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orag yang berbuat kebaikan.” (16:127-128)

Jul 5, 2011

~~Bom petrol dan senjata yang dikaitkan dengan BERSIH~~


‎..Polis menjumpai bom petrol yang dikaitkan dengan BERSIH..saya tidak pasti sejauh manakah benar berita ini..jika benar amat bahaya, jika tidak benar, pun bahaya kerana menuduh perkara yang bahaya..kata Datin Paduka Marina Tun Mahathir dalam twitternya 'berita yang sukar dipecayai'..saya sendiri pun rasa agak pelik..mungkin betul cerita ini, mungkin provokasi..

Apapun saya teringat cerita di Negeri Entah Berentah bahawa ada dua orang 'kaki bohong' berdialog. Seorang berkata: "Sungai di tempat aku, ada banyak ikan. Setiap kali ceduk air dapat ikan". Jawab yang seorang lagi: "Sungai di tempat aku lebih banyak, terpaksa dikuak ikan ke tepi untuk mengambil air". Maka, terpingalah sahabat pembohong yang seorang lagi kerana tidak terdaya menghadapi pembohongan yang lebih hebat.

Moralnya, jika kita bohong keterlaluan, walaupun orang tidak jawab, tapi semua orang akan kata dalam hatinya 'kau bohong'..saya tidak pasti cerita bom ini dalam katagori benar, ataupun bohong..semua orang kena tanya kewarasan sendiri.."ceduk air dapat ikan, atau kuak ikan ambil air"..

Akhir kata:

ALLAH lebih mengetahui...
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?"
Surah Al-Baqarah : 077

Jul 2, 2011



Terkejut melihat kalendar. Sedar tidak sedar, hari ini kita telah melangkah masuk ke dalam bulan yang dikatakan antara bulan2 yang mulia dalam Islam.

Antara peristiwa di bulan Syaaban adalah, nisfu syaaban. "Nisfu" dalam bahasa Arab adalah pertengahan, jadi nisfu syaaban adalah pertengahan syaaban; 15 syaaban.
Apa yang berlaku pada malam nisfu Syaaban?

Kalau di Malaysia, kebanyakan surau dan masjid akan mengadakan solat sunnat nisfu syaaban dan bacaan yasin 3 kali selepas solat maghrib. Nisfu syaaban adalah hari di mana kitab amalan kita bertukar. Apalah agaknya yang tertulis dalam kitab amalan kita yang hampir ditukar kpd yang baru tuh..?? banyak biru ke, banyak merah ke..heee

Jadi, masih ada lbh kurang 14 hari lagi utk membaik pulih buku amalan kita. Jom, explore lagi apa amalan2 di bulan syaaban ini...:

1) Puasa:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”. (Dipetik dari kitab Durratun Nasihin).


2) Zikir dan selawat
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin).


3) Bertaubat
Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Wahhh, seronoknya...!! Jom lakukan sekarang..:)