JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Jun 15, 2012

"Allah tidak menyayangiku"

Saat-saat hampir tamat pengajian ini, di sini lah ujian datang bertimpa-timpa. Hingga suatu saat aku terasa seolah-olah tidak mahu bercakap dan berhadapan dengan sesiapa sahaja. Biar aku sendiri, aku mahu berada dalam 'duniaku' sendiri, aku perlukan waktu untuk merasionalkan apa yang terjadi. Aku benci berbuat baik dengan makhluk bernama manusia kerana mereka tidak akan pernah bersikap adil, menjadikan diriku rasa tersisih dalam dunia yang dipenuhi manusia ini.

Ya, benar, aku rebah di saat ujian besar ini datang menghinggap suratan hidupku. Ku jadi lemah tak bermaya, mengharapkan apa yang terjadi cuma mimpi belaka. Minggu lepas, aku ditipu mereka yang berhati durjana, yang menjadikan manusia sepertiku sebagai mangsa. Aku kehilangan hampir $900 (RM 3000). Sungguh ku tiada tempat mengadu. Aku cuba berlagak tenang, cuba mencari jalan penyelesaian. Aku buat report dan mengikut semua arahan pihak authority dengan harapan wang ku dapat dikembalikan. Namun, akhirnya, setelah berusaha berbagai cara, wang tersebut tidak dapat di-'trace' semula kemana perginya.

Sungguh, saat ini, kurasakan Allah tidak lagi menyayangi ku. Aku rasa marah, kecewa yang teramat sangat. It's a huge amount of money. Aku mula putus asa. Ku tahu, syaitan dah mula meracuni aku. Aku tidak pernah berbohong pada orang lain tapi kenapa ini yang mereka lakukan terhadapku???? Aku rasa dunia ini terlalu tidak adil..Aku mula tekad mahu 'defer' semester dan pulang untuk sementara waktu

Aku tiada pilihan kecuali membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia menerangkan apa yang terjadi. Sungguh, aku rasa sungguh bersalah kerana dalam kesibukan dan kegembiraan keluarga membuat persediaan untuk majlis perkahwinan abangku, aku pula membawakan berita buruk ini.

Respond yang ku terima: sangat positif. Ibu dan kakak ku menyuruh ku kembali kepada Allah, anggap ini bukanlah rezeki kita. Mereka menyuruh aku melupakan apa yang terjadi dan teruskan pengajian yang hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum aku tamat sebagai siswazah undang-undang. Ya, mereka sangat positif. Aku bersyukur tergolong dalam keluarga ini, sentiasa menyokong ku dalam keadaan senang atau susah. Yang paling menyentuh hatiku adalah mereka sanggup mengganti semula duit yang telah hilang tersebut keesokan harinya juga kerana risau akan aku yang jauh di tempat orang. Aku rasa bersalah kerana aku tahu keluarga kini telah mengeluarkan belanja untuk persiapan perkahwinan abangku. Abangku juga menasihatiku agar aku memberitahu seandainya berlaku apa2 yang tidak diingini, katanya, kalau sampai dia terpaksa tunda perkahwinannnya pun, dia sanggup.

"Ya Allah, ampunkan aku. Aku menyalahkan takdir dengan apa yang menimpaku, tapi aku tidak sedar bahawa aku punyai orang2 yang sangat menyayangi ku". Ya, mungkin aku kehilangan $900 tapi aku masih ada mereka yang sayangkan aku seikhlasnya, yang tidak sama nilainya dengan $900 yang hilang itu.

"Semoga Allah memberi pahala di atas dugaan yang ku terima ini dan menggantikan yang lebih baik daripada itu"


اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ya Allah ! Berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai
dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu."
..dipetik daripada Hadis sahih riwayat Muslim

InsyaAllah, dugaan ini akan menjadikan aku lebih kuat. InsyaAllah dugaan ini juga akan membuatkan aku menjadi seorang yang lebih berhati-hati kerana tidak semua manusia punyai hati "manusia" walau zahirnya nampak baik.   

3 comments:

  1. sabar menempuh rintangan yea sahabat...:)

    ReplyDelete
  2. setiap ujian yang Allah timpakan pada hambanya adalah tanda kasihnya pada kita.. tme ujian datang selalunya manusia akan kembali pada pangkuan Allah.. Moga syarifah kuat hadapi ujian terutama di negara orang
    \

    ReplyDelete