JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Jun 19, 2012

Pemberian itu...~~

Saya mahu abadikan kisah ini secara kekal di sini. Moga bermanfaat buat semua. Moga sesiapa sahaja yang membaca ini akan memuji rakan2 saya atas kebaikan mereka dan moga mereka yang membaca ini sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan2 saya
*******

Saya ditimpa musibah beberapa minggu lepas hingga menyebabkan saya kehilangan hampir $900...Hampir seminggu meng"exclude"kan diri, mencari rasional di sebalik apa yang berlaku, minggu lepas, saya rasa bersedia untuk berkongsi pengalaman pahit tersebut. Pada saya, semuanya telah selesai, emak saya telah kirimkan wang tersebut, cuma tidak dinafikan, emosi masih terganggu dengan apa yang berlaku. Tapi hati semakin redha dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini, sesuatu yang tidak pernah saya jangka, saya menerima sumbangan dari kawan2 di sini, membuatkan saya rasa bersalah yang teramat. Bukan bermaksud saya menolak pemberian ikhlas ini, tetapi mereka juga bergelar 'student' seperti saya, mereka juga perlukan wang sepertimana saya. Lagipun, emak saya telah pun menghantar wang untuk gantikan wang telah hilang itu. 'Aku ni asyik menyusahkan orang saja', terkadang memang saya marah dengan diri sendiri..

Saya jumpa A1 dan A2 (antara kawan2 saya), cuba terangkan pada mereka wang yang mereka berikan itu terlalu banyak, saya tidak mahu menyusahkan mereka dengan masalah saya, sebab itu saya tidak menceritakan dari awal pada sesiapa akan masalah ini kecuali keluarga saya. Saya terangkan yang wang yang hilang tersebut sudah pun diganti semula. Saya cuba mengorek mahu tahu siapa yang telah memberikan wang tersebut kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak memberitahu sebaliknya mengatakan ianya anonymous dan mereka mengumpulnya beramai2.

Saya buntu sekejap, saya tidak pasti mahu menerima pemberian ini atau tidak. Sungguh, saya tahu mereka ikhlas lillah Taa'la, tapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya ambil keputusan untuk memberitahu pada emak saya, seperti biasa, meminta pendapat. Emak agak terkejut, mula bertanya samada saya yang meminta atau mereka yang memberi; memang itulah pantang emak saya apabila anak-anaknya mula meminta-minta kepada orang lain terutama dari segi kewangan. Saya jelaskan, saya tidak memberitahu mereka akan masalah ini sekalipun, kecuali dalam entry sebelum ini, inikan pula meminta-minta. Hanya mereka yang membaca blog saya sahaja yang mungkin akan tahu mengenai ini. The rest may not know about this. 


Saya meminta pendapatnya samada mahu menerima sumbangan ini atau tidak. Mahu menerima, rasanya bagai tak sanggup menggunakan duit rakan sendiri yang mungkin mereka juga memerlukan. Mahu dikembalikan, saya tidak tahu siapa dalam kalangan mereka yang memberi. Mahu ditolak, takut akan ada yang terasa hati. Sedangkan Rasulullah sendiri menerima andai diberikan kepada Baginda hidangan betis kambing sekalipun untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada si pemberi. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu pemberian, lalu aku berkata; "Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku". Lalu Rasulullah berkata kepadaku; "Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun, jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).


Akhirnya emak memberi jawapan; pemberian orang, kita tak boleh tolak, kecuali andai pemberian tersebut bertujuan untuk rasuah dan sebagainya atau kita tahu ianya datang dari sumber yang tidak jelas/haram . Emak saya berpendapat bahawa; yang membezakan pemberian itu daripada pemberian biasa adalah cara kita menggunakan pemberian tersebut. Jika ianya berupa ilmu, gunakan, amalkan dan ajarkan supaya si pemberi juga mendapat saham akhirat. Jika ianya berupa wang, laburkan ke arah kepentingan jemaah supaya ianya bermanfaat kepada orang banyak. 

Kepada rakan2, dengan rasa rendah diri dan dengan nama Allah, saya menerima sumbangan ini dengan lapang dada dan insyaAllah wang ini akan disumbangkan semula ke arah kepentingan jemaah kita bersama, bukan kepentingan peribadi saya. InsyaAllah, moga ini menjadi saham akhirat yang berterusan untuk kita semua. Terima kasih atas keprihatinan kalian, tidak terbalas rasanya pengorbanan kalian. 


p/s: rakan saya sempat bergurau, "tak perlu balas apa2, cuma nanti kalau u nak kawin, jemput la kitorang"..Ini jawapan saya --> kalau mereka tak beri semua ini sekalipun, memang saya akan jemput mereka pun ("subject to" kalau ada jodoh...) :P



2 comments:

  1. Amin........setiap benda baik akan diblas bail

    ReplyDelete
  2. Aminnnnnn.....t special vvip utk kenurii t utk yg berkenaan....jgn lupa ingt peyg djnjikn......

    ReplyDelete