Pernah dengar tak perihal cinta pertama? Cinta pertama itu indah, seindah bayangan syurga. Kali pertama dianugerahkan perasaan untuk mengenali cinta, ia tentunya suatu perasaan yang sukar digambarkan. Walau mungkin ada yang berbisik kurang enak, namun perasaan itu hanya yang merasainya yang mampu mengerti. Dan atas alasan itu, secara peribadi, saya bersetuju dengan garis panduan yang digariskan dalam Islam; adab dan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Sebab? Sebab perasaan itu sangat menyeksakan apabila ia dikotori, amat pedih apabila ia dikhianati, amat sakit apabila ia tidak difahami setulusnya.
Kecewa dengan cinta pertama?? Masih adakah cinta selepas itu?? Cinta itu anugerah, cinta itu fitrah. Mungkin perit untuk melupakan, tapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Perlunya kita untuk percaya pada takdir, tak perlu "commit suicide" semata mata gagal dalam percintaan. Kuat dan tabah, sesungguhnya masa akan merawat kesakitan itu (Time will heal you). Pasti yang datang selepas itu adalah yang terbaik untukmu.
Namun, kadang-kadang cinta hadir tanpa disedari. And maybe it’s too late when you realize it. Perasaan halus itu pelik; kadang-kadang, dalam benci terselit perasaan cinta, dalam marah hati terpagut rasa sayang. Cinta datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Setiap orang mempunyai cerita cinta masing-masing.
Namun, setelah mengenali cinta, jangan sesekali menjadi hamba pada cinta. Biar diri dipertuhankan oleh cinta, bukan diri mempertuhankan cinta. Dipertuhankan dan mempertuhankan adalah dua istilah yang berbeza yang membawa maksud yang berbeza. Hayati maksud cinta dalam erti kata yang sebenar. Cinta itu suci, cinta itu murni, usah dikotori istilah cinta. Bagaimana?? Bercintalah dengan hati yang masih ada rasa takutkan Tuhan, bercintalah dengan hati yang ikhlas, bercintalah dengan niat yang betul...
No comments:
Post a Comment