JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Dec 26, 2010

Tahajjud Cinta..:(


Di kesunyian pagi ini, hatiku dicalari lagi. Mata terlalu degil untuk terpejam. Betapa aku perlukan seseorang, seseorang yang boleh mendengar cerita hati ini.

Sungguh, tak tertahan perasaanku melihat profile nya di salah satu social networking sites. Menitis air mata melihat segala komen gambar ber”sayang” dan ber”I luv u”. Tercalar hati ini melihat status yang masih “single”. Untuk kepastian, aku melihat “last active”nya di site tersebut, ternyata ia baru 16 jam yang lalu, belum sampai dua hari pun lagi, mungkin semalam. Terdetik di hatiku, siapa aku sebenarnya di hatinya? Terasa menggigil tubuhku melihat tujuan “to find someone”. Belum cukupkah aku bersama dia setiap masa? Ya Allah, kenapa kebenaran ini terlalu menyakitkan? Sungguh, saya terluka awak..sakiiiittt sgt.. Terlalu sukarkah untuk berlaku jujur padaku yang kau cakap kau sayang dan cinta??

Aku perlukan kekuatan saat ini. Perlahan kitab suci di penjuru meja diambil. Surah An-Nisa’ dibaca perlahan agar tidak mengganggu kawanku yang sedang tidur. Ini surah kegemaranku, surah mengenai perempuan, dari aurat seorang wanita hinggalah syarat-syarat poligami. Sedikit ketenangan diperoleh. Aku harus pasrah, kutahu itu.

Ya Allah, aku betul-betul pasrah dengan kehendak-Mu. Andai Engkau menciptakan aku dari rusuknya, Kau satukanlah hatiku dan dia. Aku tak mahu tahu kisah silamnya, sejarah hidupnya. Kisah silamnya adalah miliknya, bukan hak aku untuk menghukum. Aku rela melupakan semua kejahilannya andai itu adalah yang terbaik untukku. Aku tahu Engkau adalah sebaik-baik Perancang. Aku pasrah dengan-Mu Ya Tuhan. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Namun, andai kami bukan diciptakan untuk bersama, Kau jauhkanlah hatiku dan dia. Pelihara hati kami Ya Allah..

Aku keluar berjogging pagi ini untuk menyibukkan diri supaya tidak terlalu memikirkan hal itu. Untuk call dan berbincang dengannya adalah mustahil kerana dia baru sahaja melelapkan mata, baru selesai kerja, pasti penat. Aku perlu beri dia masa dan beri diriku ruang juga. Di tengah jalan, aku berjumpa dengan seorang makcik bersama anjingnya, berbual-bual, begitu ramah dia menceritakan perihal hidupnya yang sebatang kara, dirogol ayah tiri di usia remaja dan banyak lagi pengalaman hidupnya. Terasa hilang sedikit beban yang ditanggung, tersa lenyap semua masalah. Terasa juga diri ini tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi sedangkan masih ramai yang jauh lebih menderita. Kisah aku ini hanya dugaan yang mungkin datangnya dari kesalahan diri sendiri juga.

Ku mohon ampunan-Mu ya Rabb atas kekhilafanku..

***rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan penulis atau yang hidup atau yang mati..:)

1 comment:

  1. salam...
    aq thu aq bkn sbek mne...
    aq jahat,,,aq xpndyhergai seseowg,,,
    aq mnta maaf pd yg berkenaan..
    aq xpnh bergenjak mncintai dan mnyayangi sesowg..
    pg nie aq dpt thu sume nie...
    aq amat sdih dgn driku yg terlalu joh berbanding dgn dye,,,
    aq mntk maaf,,,
    aq xberniat utk mlakuka sume nie,,,
    atie aq xpnh pown berada dtmpt len
    slain d mahligai yg aq hrpkn selma 7thn. aku mnanti slama ini..
    aq thu aq hnya pentingkn dri aq yg hina ini...
    sgala yg dilihat hnyalah pandangn..
    bkn yg dlihat itu ada berisikn CINTA yg suci..
    aq mohon maaf kepada yg amat aq sygi..
    hati aq xpnh berubah utk owg len..
    pintu atie ku dh tertutup..
    aq cuba try kol...wlaupown aq thu ini bkn wktunya..
    aq perlukn dye dgr sgalnya...
    KBNRAN>.
    aq mncri utk sgalnya..
    jika aq xsempt utk aq mncrtikan sume ini.....
    aq tinggalkn kisah hidup aq kepada setiap manusia utk dsampaikan kepda yg berkenaan..
    aq amat MNCINTAI dan MNYAYANGI dye...
    aq perlukn dye...
    plzzzzzzzz
    aq mohon maaf k...
    smlm aq telh buatkn cinta aq nangis
    gara-gara ada satu perselisihan fhn yg kcil..
    pg yg mulia aq telh mmbuatknye lg..
    aq terase amt berdosa...
    plzzzz......
    maafkn aq...
    i luv n miss u....
    hatiku hnya utk kamu..
    aq hargai cinta yg suci..
    dlu...
    aq bkn sbek yg dsangkakan..
    tp stelh aq jumpa cinta suci aq..
    aq yg kotor telh dibwa
    utk dbersihkn...diberikn wangi ddlam hidup..
    aq dijaga...aq dipimpin utk ke jln yg benar...
    ibarat satu tali yg xkn ptus...
    jika ia dputuskn kemana aq hndak berjln didalm dunia yg gelap ini...aq amat mencintai dan menyayangi dye.....
    i luv n miss u...
    plzzzz

    ReplyDelete