Isu ketuanan melayu or Malay Supremacy makinhangat diperkatakan sekarang. Apa itu ketuanan melayu?? Ketuanan melayu adalah hak istimewa orang melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia (Malaysian Constitution).
Entry ini bukanlah bertujuan untuk memihak kpd sesiapa atau membangkitkan sensitivity in political issue, just untuk membawa para pembaca kepada i'llah atau methodology atau pendekatan yang munkin boleh diadaptasikan, dan yang selebihnya terpulang pada anda semua untuk menilai.
Maybe it's relevant for us to turn back. Turn to where? Of course to our history. Jika dilihat pada sejarah, tanah ini milik kita, tapi atas dasar semangat kemerdekaan pada waktu itu, kita memilih untuk memberi kerakyatan pada kaum cina dan india. Bukan juga salah kedua-dua kaum tersebut, tapi keadaan pada masa itu memaksa. Jadi, harus difahami akan itu.
Berbalik pada masa kini, siapa "tuan" dalam kalangan kita? siapa pula "hamba"?? Siapa yang terpaksa meninggalkan keluarga atas tuntutan kerja yang menuntut untuk mempertahankan negara, ke Somalia 2-3 bulan? Siapa yang tidak dapat pulang meraikan hari-hari bahagia bersama keluarga. Kita nampak, semua orang nampak yang kita adalah "hamba".
Jadi, in reality, kita memang memerlukan keistimewaan ini (ketuanan melayu) untuk melindungi kita. Ada sahabat saya yang mengatakan keistimewaan yang diberikan ini membuat kan melayu jadi malas, terlalu bergantung pada orang lain, tidak celik dan sebagainya. Ada benarnya, namun, sebelum membuat suatu keputusan yang melibatkan maruah bangsa, fikirla secara keseluruhan. Bukan semua orang bernasib baik, bukan semua orang mampu melawan arus paersaingan yang sengit. Lihatlah mereka di luar bandar. Lihatlah anak-anak muda kita yang telah hanyut dengan dunia yang mereka cipta sendiri. Sedarla, kita belum cukup kuat.
Permainan politik mengheret mereka menuntut hak sama rata. Tiada lagi ketuanan melayu, tiada lagi hak istimewa kita sebagai the origins of "Tanah Melayu". Apa itu konsep "adil" dalam erti kata yang sebenar?? Adakah memberi sama rata itu adil? jawapannya "TIDAK". Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi, adakah adil apabila kita memberikan $1000 pada setiap ibu tunggal..??sekali lagi, jawapannya adalah "TIDAK". Bagaimana pula ibu tunggal yang mempunyai ramai anak berbanding yang lain?? Adakah adil untuknya mendapat $1000 untuk keperluan anak-anak seramai 5 orang berbanding ibu tunggal yang mempunyai anak seramai 2 orang..
Justeru, konsep adil itu perlu dihayati. Ia bukan sekadar memberi sama rata, ia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan untuk meletakkan sesuatu itu tepat pada tempatnya, banyak perkara yang perlu diambil kira...
No comments:
Post a Comment