JaLinaN ukHwaH

~Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

Dec 25, 2010

Tahun baru dan azam baru? Mohon maaf dan memberi maaf...~~


Dengan rasa rendah diri, saya mulakan entry kali dengan firman Allah:

“Demi masa! Sesunggungguhnya manusia itudi dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr 103: 1-3)

Menjelang tahun baru, ramai yang memasang niat, berazam baru for the new coming year. Apa azam anda untuk tahun ini, 2011? Cemerlang dalam akademik? Jadi lebih baik dari sebelumnya? Mahu mulakan hidup baru? Aim untuk tamatkan zaman bujang? Dan sebagainya… Namun, dengan sukacita saya mahu mengajak sahabat2 sekalian menjadikan “memohon maaf dan memaafkan” sebagai salah satu azam anda tahun ini, boleh?

Sebagai manusia, kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. Kita bukan ma’sum. Namun, itu bukan alasan untuk kita remehkan kesilapan yang dilakukan. Dan sebaik-baik mereka adalah mereka yang segera bertaubat apabila tersedar telah melakukan dosa atau kesilapan. Ingin saya berkongsi kalam Allah dalam surah al-Nisa, ayat 17:

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.”

Apa itu “bertaubat dalam waktu yang dekat”? Dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, Sayyid Qutb menerangkanbahawa ia bermaksud bertaubat sebelum meninggal dunia atau memasuki sakaratul maut. Syeikh Mustafa al-Maraghi dalam tafsirnya al-Maraghi pula menyatakan ia bermaksud menyegerakan taubat seberapa segera mungkin apabila sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Namun, kedua-dua mereka bersepakat taubat yang diterima Allah adalah mereka yang bertaubat dari lubuk hati yang dalam dan ceruk jiwa yang suci. Harus ada penyesalan atas perbuatan tersebut dan berazam tidak mengulanginya di masa akan datang.

Apa pentingnya kita memohon maaf kepada orang lain? Pada hakikatnya, dosa terbahagi kepada dua; dosa sesama manusia dan dosa dengan Allah. Namun, dosa yang paling berat ialah dosa sesama manusia. Allah tidak akan mengampunkan dosa terhadap hamba yang lain sebelum kedua-dua pihak menyelesaikannya terlebih dahulu. Jika tidak, mereka akan saling menuntut balas dan membayar dosa di akhirat kelak. Membayar? Bagaimana? Dengan wang? TIDAK? Ia bermaksud membayar dosa dengan kebaikan atau memindahkan dosa orang yang dizalimi kepada yang menzalimi.

Oleh itu, pentingnya kita memohon maaf sesama kita, jangan panjangkan cerita hingga ke “mahkamah pengadilan” yang dihakimi oleh Allah Maha Adil. Memohon maaf lebih mudah dilakukan daripada harus membayar kesalahan itu pada akhirat kelak.

Memberi maaf?? Harus diingat bahawa Islam adalah agama penuh kasih sayang.

Maka, kita dianjurkan untuk memberi maaf walaupun sebelum diminta maaf. Firman Allah:

Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada taqwa.” (2: 237)

Jadi sempena menyambut tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk memaafkan dan memohon maaf atas semua kesalahan yang telah kita lakukan. Jangan berdendam kerana ia menghalang ketenangan jiwa. Berikan ruang dalam hati untuk saling memaafkan kerana itu lebih utama daripada menyimpannya berlarutan di jiwa.

Selamat tahun baru semua. Bersama mencari redha Illahi. InsyaAllah.

*sources – Hadithuna dan Himpunan Hadis

No comments:

Post a Comment